Ahad, 11 Julai 2010

Jika kau tanya

Jika kau tanya tentang lantai dan tanahnya, ianya dari kasturi dan saffran,

Jika kau tanya tentang bumbungnya, ianya adalah arasy Allah,

Jika kau tanya tentang batunya, ianya mutiara dan permata,

Jika kau tanya tentang bangunannya, ianya diperbuat dari emas dan perak,

Jika kau tanya tentang pokoknya, ianya penuh dengan dahan emas dan perak,

Jika kau tanya tentang buahnya, ianya lebih lembut dari mentega, lebih manis dari madu,

Jika kau tanya tentang sungainya, ianya adalah sungai dari susu, arak dan madu,

Jika kau tanya tentang bekas minumnya, ianya dari emas perak,

Jika kau tanya tentang pasangan-pasangannya, perghhhhhhh......masyuk-masyuk.

Apa lagi kau nak tanya?

Semuanya indah di sana. Tidak mahukah kita jadi penghuninya? Mungkin kita lebih tertarik akan keindahan dunia.....

"Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya"(20).Surah al-Qiyama,

Tiada ulasan: