Isnin, 26 Julai 2010

10 perkara yang tidak memberi manfaat

Terdapat 10 perkara yang tidak dapat memberi manfaat kepada manusia menurut Imam Ibn al-Qayyim dalam kitabnya al-Fawa'id:

1. Ilmu yang tidak diamalkan.

2. Perlakuan yang tidak ikhlas dan tidak berasaskan teladan yang betul.

3. Harta yang dikumpulkan yang mana pemiliknya tidak dapat menikmatinya di dunia mahupun di akhirat.

4. Hati yang kosong daripada cinta dan harap kepada Allah dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Tubuh badan yang tidak patuh dan tidak beribadah kepada Allah.

6. Masa yang tidak digunakan untuk menebus dosa-dosa dan melakukan amal kebajikan untuk yang mendekatkan seseorang hamba kepada Allah.

7. Akal yang berfikir tentang isu yang tidak membawa manfaat.

8. Berkhidmat untuk mereka yang tidak membawa kita lebih dekat kepada Allah dan tidak membawa manfaat kepada kehidupan kita.

9. Mencintai Allah tanpa mengharap keredhaan-Nya

10. Takut dan harap kepada seseorang yang yang di bawah kekuasaan Allah sedangkan seseorang itu sendiri tidak boleh membawa manfaat, kecelakaan, kehidupan atau kematian untuk dirinya sendiri.


Walaubagaimanapun paling tidak membawa manfaat daripada perkara-perkara di atas adalah mengabaikan hati dan membuang masa. Mengabaikankan hati ialah dengan memilih kehidupan dunia berbanding akhirat dan membuang masa ialah dengan angan-angan yang berpanjangan. Semua kejahatan ialah dalam menuruti hawa nafsu dan angan-angan yang panjang manakala semua kebaikan terletak pada mengikuti jalan yang lurus dan persediaan untuk bertemu Rabbul Jalil.


Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), - Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, - Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,-Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

-an-Nazi'at: 37-41-

Tiada ulasan: