Ahad, 8 Mac 2009

Sekali Proton Exora da...


Ini gambar Proton Exora.MPV buatan Proton.Syabas di atas kejayaan.

Aku ada jugak masuk naming contest untuk model ni.Aku bagi nama "proton FoFa" yakni "Proton FOrFAmily" sempena konsep kereta ni.Sebenarnya aku cilok nama kereta Smart ForTwo atau ForFour.Kantoi cilok mungkin.Satu lagi aku bagi nama Proton Hydra.Nama ni pulak aku dapat dari "The Celebrity Apprentice".Nama group laki-laki dalam show tu.Gene Simmon punya idea.Aku rasa cool jugak nama tu.Hydra sebenarnya nama dewa.Mungkin ada unsur khurafat.Sebab tu nama ni kena reject.Beriman jugak judges contest ni rupanya.Chet.


Akhirnya nama Proton EXORA yang menang.Nice jugak idea minah ni.Mungkin dia selalu tengak drama Ezora TV3 dan dapat idea dari situ.Kemudian tukar huruf Z dengan X,terciptalah satu kata nama khas yang baru.Point untuk ketulenan nama aku bagi 10/10 kalau bapak aku judge untuk contest ni.Tak macam Proton ForFamily aku.KawKaw tiru kereta Smart.Chet.Che Det.By the way Buletin Utama TV3 hisap.Bila la lu nak hinsap...


Wassalam.