Suatu masa dahulu ada seorang murid dan gurunya...
Murid: Wahai guruku, ajar la aku cara untuk mimpi bertemu dengan Rasulullah.
Guru: Betul ke kau nak jumpa sangat Rasulullah dalam mimpi?
Murid: Betul la.
Guru: OK baek. Kalau macam tu aku jemput kau datang makan malam kat rumah aku malam ni. Amacam?
Murid: Mashaallah ini sudah baekkk...
Murid itu pun pergi ke rumah gurunya. Mereka pun makan malam bersama. Gurunya telah sengaja meletakkan lebih garam dalam makanan dan tidak menghidangkan air untuk muridnya.
Murid itu pun makan. Kerana lebihan garam dalam makanan itu dia berasa dahaga dan meminta air daripada gurunya. Namun gurunya tidak membenarkan dia meminum air. Sebagai murid yang patuh dia redha. Setelah selesai makan dia meminta gurunya untuk mengajarnya cara mimpi bertemu Rasulullah.
Murid: Apalagas. Ajarlah aku wahai guruku.
Guru: Lek lu. Aku bukan nak ajar kau sekarang. Kau tidur dulu nanti sebelum subuh baru aku ajar.
Murid itu pun tidur sehingga sebelum waktu subuh dan bangun menemui gurunya.
Murid: Ajarlah aku wahai guruku.
Guru: Rilek brader. Kau ada mimpi apa-apa waktu tidur tadi?
Murid: Ada. Aku mimpi hujan turun, aku mimpi sungai mengalir bahkan aku nampak lautan luas di hadapanku.
Guru: Benar wahai muridku. Mimpimu itu benar dan niatmu itu benar.
Sebab apa murid itu bermimpi begitu? Kerana dia sangat dahaga dan sangat perlukan air.
Begitu juga keadaannya jika kita sangat cintakan Rasulullah, sering mengingati baginda, maka tidak mustahil Rasulullah akan hadir dalam mimpi kita. Bayangkanlah bertemu dengan insan ini yang menyayangi umatnya sehingga sanggup untuk menanggung sakit sakaratulmaut seluruh umatnya. Bayangkanlah bertemu dengan insan ini yang cintanya pada kita lebih dari cinta ibu-bapa kita atau suami isteri kita. Bayangkanlah bertemu dengan insan ini yang indah rupanya, mulia pekertinya.
Ini tidak, mimpi pun mimpi jumpa hantu raya la, raksasa gorgom la, hantu kopek la. Ada jugak yang mimpi jumpa Doraemon. Seronok jugak, buleh mintak buluh terbang. Paling seram aku pernah mimpi masuk perangkap serangga. Perangkap tu macam sarang labah-labah lebih kurang. Berpeluh-peluh aku masa bangun sebab kena struggle nak keluar perangkap tu. Nasib baik berjaya keluar. Kalau tak mungkin aku masih ada di dalam perangkap tu dan dimakan oleh serangga lain dan tak boleh la korang baca blog aku. Kahkah.
Akhir kata, berdoalah kepada Allah agar dapat kita menatap wajah insan yang mulia ini, Rasulullah S.A.W jika tidak di dunia ini, di akhirat nanti.
Ini Gua Thur. Tempat Rasulullah menyorok dengan Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah.
Riwayat mengatakan labah-labah telah membuat sarang di pintu gua menyebabkan puak Musyrikin tidak mengesyaki mereka menyorok di dalam.
Tapi masa aku kena perangkap. Labah-labah tak tolong pun. Mesti sebab perangai aku jahat. Buang karan je tolong mamat ni kata sang labah-labah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan