Khamis, 22 Disember 2011

Tanjung Agas

Semalam saya berpeluang mengikuti bos saya ke tapak projek Tanjung Agas. Apa yang ada di Tanjung Agas?

Sekarang Tanjung Agas cuma sebuah perkampungan nelayan. Tapi dalam tempoh 10 tahun akan datang, kawasan ini akan dibangunkan menjadi hub minyak dan gas di Malaysia. Di sana akan dibangunkan supply base seperti di Kemaman(KSB) dan Labuan (ASB), terminal simpanan minyak mentah dan petroleum, dan fabrication yard. Selain itu akan dibangunkan juga kolej, residential area dan macam-macam lagi kemudahan.Tapi sekarang cuma ada jalan dan lampu jalan. Insyaallah 10 tahun lagi tempat ni akan jadi penting kepada ekonomi negara.


Imaginasi Owner
Setakat ini yang saya tahu OSC ltd, syarikat dari Dubai akan melabur untuk membina supply base dan PETCO (Petronas Trading) akan melabur untuk membina terminal minyak. Semalam pula saya berpeluang bertemu dengan MD Tanjung Agas yang juga salah seorang owner Tanjung Agas dan wakil dari Sumitomo dan Sinopec yang berminat untuk melabur di Tanjung Agas.


Owner Tanjung Agas dengan Bos saya
Kalau projek ni berjaya, memang banyak la lubang bisnes untuk bisnesman-bisnesman di luar sana. Insyaallah kita pun kalau ada rezeki 10-20 tahun akan datang, boleh la mencari lubang-lubang tersebut di Tanjung Agas.

Ahad, 14 Ogos 2011

Kalau Petronas Bayar Zakat

Tadi saya mendengar tazkirah ramadhan. Pentazkirah itu yang merupakan seorang bekas pelajar Prof. Mahmood Zuhdi memberitahu yang Prof. Mahmood Zuhdi ada membuat kajian bahawa sekiranya Petronas membayar zakat, wang zakat itu dapat menampung pendidikan semua penduduk Malaysia daripada pra-sekolah hingga ke peringkat PhD. Tapi saya tidak pasti yang dimaksudkan itu adalah zakat perniagaan atau zakat hasil bumi. Saya suspect dua-dua sekali.

Yelah. Tahun ni saja Petronas untung RM 63bilion. Kalau kita amik 2.5% daripada untung tu pun dah dapat lebih RM 1.5 bilion. RM 1.5 bilion tu kalau tukar jadi duit kertas 50-50 rasanya boleh sumbat satu Stadium Shah Alam. Memang tak dinafikan Petronas banyak buat kerja amal, membangunkan modal insan dan bagi sumbangan derma, tapi kalau nak dikira macam tu, Petronas baru seri ngan company-company bukan Islam seperti Microsoft, Apple, Shell, dan Exxonmobil. Mereka pun banyak buat "kerja amal" tapi tak bayar zakat.

Bayangkan semua company bapak-bapak ni bayar zakat, mungkin tak ada lagi anak-anak kecil di Afrika mati kebuluran, mungkin kadar jenayah akan berkurang, mungkin jurang kemiskinan tidak seluas hari ini. Inilah adilnya dan indahnya syariat Islam. Ianya bukan sekadar undang-undang yang perlu dipatuhi tetapi satu "Guideline" oleh Allah SWT yang mana Dia sendiri yang menciptakan rezeki dan harta benda yang kita miliki sekarang, maka selayaknya Dialah yang menentukan bagaimana cara menguruskannya untuk kebaikan seluruh umat.

Saya pernah menonton satu rancangan apajadah namanya di Astro yang dipengacarakan oleh Anita Sarawak yang menemuramah seorang Datin yang dirumahnya ada lebih beratus pasang kasut, beratus bijik beg tangan, dan lain-lain hiasan rumah yang kalau dikira nilainya mencecah jutaan ringgit. Terdetik di hati saya apakah mak datin ini tidak pernah rasa bersalah memiliki ratusan aksesori yang dia sendiri sebenarnya tak mati pun kalau tak pakai (tapi tak tau la kalau dia ada penyakit sawan kalau sebulan tak shopping handbag/kasut) sedangkan masih ada manusia yang memerlukan hanya sesuap nasi atau secawan air sekadar untuk meneruskan kehidupan.

Tak perlu kita tinjau satu dunia, cukup sekadar ke Somalia, betapa kita tahu selesanya hidup kita.


Bukanlah saya hadap sangat duit Petronas, cuma saya harap sebuah syarikat GLC yang mana kerajaannya sebuah kerajaan negara Islam melaksanakan kewajipan sebagai pentadbir dan menunaikan hak-hak rakyat yang mempunyai hak ke atas hasil bumi negara dan bukannya wang berkepuk itu disalurkan untuk kroni-kroni dan berputar di kalangan kroni-kroni sehingga kroni-kroni saja yang kenyang. Kalau nak kenyang di dunia saja silakanlah, di akhirat belum tentu.

Selasa, 28 Jun 2011

Ini gila

Ini gila

bila api perkauman jadi senjata menumbang musuh
bila api perkauman jadi benteng melindung rakus si angkuh

yang ada kuasa jadi raja pegang takhta
yang ada harta jadi bendahara nakhoda negara

yang beragama hanya jadi imam sembahyang raya

ini gila...gilababi





Isnin, 27 Jun 2011

UMNO vs PAS

Ini bukan perlawanan Melayu vs Melayu

Ini Korupsi vs Reformasi

Biar lawan itu sebangsa, biar lawan itu seibu-sebapa, yang menindas perlu dicantas

Abu Ubaidah r.a sendiri membunuh bapanya ketika Perang Badar

Sabtu, 25 Jun 2011

Melayu dan Bosnia

Sarajevo Old Town

"Dayton Accord has actually done more damage to us than the war".

Itulah yang dibagitau kepada aku oleh seorang pelajar madrasah di tengah-tengah kota Sarajevo yang namanya sekarang aku dah lupa. Aku pun tak pasti apa yang dia dimaksudkan tapi sepaham aku, walaupun perjanjian tu telah menamatkan perang selama lebih 3 tahun di republik itu, tapi ia telah menyebabkan republik itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu republik yang ditadbir oleh Bosnian dan satu bahagian lagi ditadbir oleh Serbian.

Tapi apa yang pasti dan aku sangat pasti adalah perjanjian ni akan menyebabkan wilayah tu sentiasa dalam keadaan yang 'volatile' dengan tiga kaum utama kat sana iaitu Bosniak (Muslim), Serb (Kristian Orthodox) dan Croat (Kristian Katholik) terus dipisahkan oleh sistem pentadbiran berdasarkan Dayton Accord. Setiap bangsa mempunyai wilayah masing-masing dan Presiden masing-masing. Apapun sebenarnya sistem politik Bosnia ni sangat kompleks, aku dah baca banyak kali pun tak paham.

Kata-kata budak tu kadang-kadang membuat aku berfikir, mungkinkah perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu juga telah "done more damage to Malay in Tanah Melayu" seperti yang terjadi kepada bangsa Bosniak di Bosnia Herzegovina?





Isnin, 16 Mei 2011

Travelitis lagi dan lagi

Mostar

Mostar, Bosnia-Herzegovina.

Town paling cantik aku pernah pegi. Air sungai dia hijau jernih. Bukan macam sungai Klang, dah macam air milo skrg, bukan air teh lg. Dekat bangunan boleh nampak lagi kesan perang Bosnia dengan Croat dulu. Paling best boleh dengar azan. Mana nak dapat kat Europe boleh dengar azan macam kat Malaysia.

Aku rekemen sgt org Malaysia pegi Bosnia. Drpd pegi Paris, London, Rome...itu semua dah banyak tunjuk kat TV atau dalam gambar. Tak payah pegi pun semua benda dah pernah tengok. Tapi kalau pergi Bosnia korang akan rasa macam "Wow cantiknya kenapa takde orang promote tempat ni kenapa kenapa kenapa haa?"

At least kita membantu ekonomi negara umat Islam.


Sabtu, 29 Januari 2011

Thethethethesis

Arbeito!!!
This is Qualität.....Made in Germany

Pening kepala beb menulih bahasa German...boleh mati wooo kalau tiada ketahanan mental...semoga Prof memahami penderitaan batinku dengan memberikan markah yang tinggi...




Selasa, 11 Januari 2011

Travelitis 5

Masjid Rome

Masjid terbesar di Eropah. Tapi sayang nampak macam tak diimarahkan. Main Prayer Hall pun bukak masa melawat saja. Mungkin kerana lokasi yang agak jauh dari pusat bandar. Lagipun di Itali tak banyak Muslim berbanding negara Eropah lain.

Tapi Insyaallah suatu hari, orang Itali akan kenal Islam dan pilih Islam sebagaimana orang negara-negara Eropah lain yang kini memilih Islam kerana mereka tahu mereka perlukan Islam, kerana mereka tahu mereka perlukan panduan dari yang mencipta mereka, panduan yang mereka tak jumpa dalam agama Kristian.

Ahad, 2 Januari 2011

Syukur

Gambar ini patut diletak di semua restoran-restoran di Malaysia.

Buat tatapan kita yang makan lebih dari tiga kali sehari, tapi masih merungut makanan tak cukup.

Juga buat tatapan kita yang semua jenis makanan kita dah balun, makanan cina, india, melayu, iban, red indian, western food, sea food, sky food tapi masih merungut makanan tak sedap.

Juga buat tatapan kita yang lepas makan sendawa 20 harkat beserta qalqolah kubro di hujungnya tapi masih lupa untuk bersyukur pada yang memberi rezeki.

Bersyukurlah.