Isnin, 26 Julai 2010
10 perkara yang tidak memberi manfaat
Sabtu, 24 Julai 2010
Cita-cita
1. Semasa saya di sekolah rendah, cikgu selalu bertanya tentang cita-cita saya untuk ditulis dalam kad 001. Kebanyakan cita-cita yang saya ingat adalah untuk menjadi polis, bomba atau askar. Saya tidak ingat sama ada cikgu saya gelak atau tidak bila saya kata mahu jadi askar, polis atau bomba. Tapi kalau saya jadi cikgu saya ketika itu, saya akan gelak guling-guling. Mujurlah saya tidak jadi cikgu sekolah, kalau tidak mesti banyak murid saya tukar sekolah. Cita-cita itu timbul mungkin kerana ketika itu saya banyak menonton aksi-aksi Robocop atau Cybercop yang penuh aksi di talibesen(TV) menyebabkan saya terpengaruh untuk menjadi seperti mereka, sebagaimana remaja-remaja sekarang terpengaruh untuk menjadi artis kerana banyaknya program berunsur hiburan di talibesen sekarang. Lagipun ketika itu saya masih kecil, manalah ada masa untuk memikirkan cita-cita secara serius. Apa yang saya banyak fikir ketika itu ialah nak main apa lepas habis sekolah, atau cerita kartun apa yang ada di TV. Tidak pernah pula seingat saya ketika saya kecil saya memikirkan masa depan, hal rumahtangga atau, pertumbuhan ekonomi negara apatah lagi masalah ummah.
Isnin, 12 Julai 2010
Cara Mimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Suatu masa dahulu ada seorang murid dan gurunya...
Ahad, 11 Julai 2010
Jika kau tanya
Sabtu, 10 Julai 2010
Pohon
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
“Do’a seorang muslim kepada saudaranya ketika saudaranya tidak mengetahuinya adalah do’a yang mustajab (terkabulkan).Di sisinya ada malaikat. Ketika dia berdo’a kebaikan kepada saudaranya, malaikat tersebut berkata : Amin, engkau akan mendapatkan yang sama dengannya.” (HR. Muslim no. 2733)
Saya mungkin tidak kenal kalian dan kalian pun tidak kenal saya. Namun itulah indahnya Ad-Deenul Islam ini. Ikatan persaudaraan sesama muslim itu lebih tinggi nilainya daripada ikatan darah sendiri.
Justeru saya dengan penuh rasa hina dina memohon do'a dari kalian untuk kejayaan saya dunia dan akhirat. Semoga Allah membalas kebaikan anda berjuta-juta lemon kali ganda.