Selasa, 12 Oktober 2010

Konvokesyen



1. Minggu lepas mungkin minggu konvokesyen kerana banyak kawan-kawan saya yang upload gambar mereka konvo di Pesbuk. Tahniah saya ucapkan kepada mereka. Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat.

2. Di sini kami tiada majlis konvokesyen. Saya akan menerima sijil saya daripada posmen yang menghantar sijil ke rumah. Ataupun jika sijil dapat dikeluarkan awal bolehlah saya mengambil sijil daripada kerani universiti.

3. Tapi saya tidaklah kecewa kerana tiada majlis konvokesyen kerana saya memang berpendapat tidak perlu konvokesyen. Begitu juga dengan rakan-rakan sekelas saya. Terlalu banyak protokol dan formaliti hanya untuk sekeping sijil. Apatah lagi sekeping sijil yang belum tentu boleh menjamin masa depan kita.

4. Lagipun saya dah pernah konvokesyen lebih kurang 20 tahun yang lalu.


Grad tadika 20 tahun yang lalu

5. Dan yang lagi pasti saya dan anda semua akan melalui satu lagi majlis konvokesyen di Hari Pembalasan kelak. 'Sijil-sijil' kita akan berterbangan pada 'hari konvokesyen' itu menuju ke tangan kita. Andai kata sijil itu menuju ke tangan kanan kita nescaya beruntunglah kita. Tapi jika sijil kita menuju ke tangan kiri kita nescaya tergolonglah kita di kalangan orang-orang yang rugi dan binasa.

6. Dalam sijil itu akan tercatat segala amalan yang telah kita kerjakan di dunia biarpun nilainya sebesar zarah. Dengan sijil itu ditentukan sama ada kita ahli neraka atau ahli syurga. Pada masa itu tidak berguna lagi sijil Diploma, Bachelor, Master, atau Doktor yang kita impi-impikan di dunia.

7. Pada hari itu tidak semuanya bergembira seperti hari konvokesyen di dunia. Pada hari itu semua gelisah menanti keputusan 'ujian dunia' yang telah dilalui. Pada hari itu juga anak-anak lari dari ibu-bapa mereka, suami lari daripada isteri. Semuanya kerana bimbang hak-hak dunia akan dituntut.

8. Sesungguhnya 'hari konvokesyen' yang sebenar itu adalah hari yang penuh dengan huru-hara. Tidaklah indah seperti seperti hari konvokesyen kita di dunia.

Semoga kita digolongan di kalangan mereka yang menerima buku amalan di tangan kanan.


Jumaat, 8 Oktober 2010

Kembali

1. Rosmah (nama sebenar) dikatakan telah melawat pusat remaja hamil yang membantu remaja hamil luar nikah di Brussels untuk melihat pendekatan mereka dalam menguruskan remaja hamil luar nikah bagi menangani masalah buang bayi.

2. Bukankah kita sudah ada panduan dari Quran dan Sunnah yang didatangkan dari yang maha pencipta. Dia maha mengetahui apa yang kita perlukan kerana Dia yang mencipta kita.

3. Islam sudah menyediakan segala macam panduan untuk segala macam bidang. Daripada hal-hal kecil seperti adab makan hinggalah ke urusan pentadbiran negara.

4. Sistem kewangan dunia yang berunsur riba ternyata gagal dan hanya dapat diubati dengan sistem kewangan Islam berlandaskan Quran dan Sunnah. Begitu juga dengan permasalahan lain seperti masalah sosial, ubatnya hanyalah kembali pada Quran dan Sunnah.

5. Usaha untuk kembali perlulah bermula dari diri kita sendiri dan keluarga kita. Pastikan Quran dan Sunnah menjadi satu-satunya medium yang memandu arah untuk kita, bukannya drama bersiri, novel-novel cinta, lagu-lagu yang melalaikan dan pelbagai medium lain yang sedia maklum telah memandu remaja kini ke arah kebinasaan.

Kerja Sendiri

1. Saya tidak mahu makan gaji, kerana saya tidak akan mempunyai kebebasan dalam mengurus kehidupan terutama kebebasan beramal.

2. Saya punya cita-cita untuk membantu ekonomi Islam supaya umat Islam tidak lagi perlu bergantung kepada orang kafir.

3. Makan gaji akan menjadikan saya seorang yang dikawal oleh orang atasan dalam membuat keputusan dan bukan bertindak atas kemahuan saya.

4. Bila bekerja sendiri saya boleh menentukan sendiri halatuju organisasi saya supaya selaras dengan misi saya.

5. Saya amat yakin bila kita ikhlas untuk membantu agama Allah, Allah akan membantu kita. Bermakna bila saya berusaha untuk menyumbang sesuatu kepada Islam, Allah akan bersama saya.

6. Saya mahu manusia kembali Al-Quran dan Sunnah dengan menjadikan organisasi saya sebuah organisasi yang mampu memanipulasi mentaliti manusia sebagaimana yang dilakukan sektor media massa pada hari ini.

7. Mungkin cita-cita saya terlalu tinggi tetapi optimistik itu adalah sikap orang beriman.

8. Doakan agar cita-cita murni saya tercapai.

Ahad, 19 September 2010

Selamat Hari Raya




Selamat Hari Raya
Maafkan salah silap saya
Halalkan makan minum saya

Lepas solat raya kena salam dan peluk semua pakcik-pakcik Turki. Letih jugak satu masjid kena pusing untuk salam. Tapi apa ada hal...bukan ke dapat pahala dan boleh mengeratkan silaturrahim sesama Muslim. Daripada peluk anak dara orang, baik aku peluk pakcik-pakcik Turki ni, untung-untung dia ada anak dara, buleh aku mintak satu. Heheh.

Lepas balik masjid main game je la. Nak ziarah jiran-jiran pun orang kafir. Takkan nak selamba ziarah macam kat Malaysia. Mau kena tangkap polis.

Selasa, 17 Ogos 2010

Dapoq 2


Tempehyaki
Aku yang masak
Sukahati aku la nak bagi nama apa

Dapoq

Udang Suwit Sawer
Mudah dan Cepat
Lebih sedap dari Maggi kari