Isnin, 27 Ogos 2012

Selepas 8 Bulan

Assalamualaikum.

Sudah 8 bulan tidak menulis di sini. Tak sangka saya masih ingat lagi password blog ini.

Sudah 8 bulan berlalu dan saya kini tinggal dan bekerja di Kerteh, Terengganu, meninggalkan kota raya Kuala Lumpur yang bagi saya terlalu sesak dan menyesakkan. Hanya dua perkara yang boleh menarik saya untuk terus tinggal di Kuala Lumpur iaitu: Kuliah Agama dan Keluarga Saya. Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur saya pasti akan mencari kuliah-kuliah agama yang menarik dan itu sangat mudah kerana kebanjiran ustaz-ustaz tersohor di kawasan Kuala Lumpur.

Saya suka dengan Kerteh kerana di sini tiada 'traffic jam', ada pantai, ada kawan-kawan yang baik dan tidak 'crowded' dengan manusia. Insyaallah jika ada rezeki dan umur yang panjang, saya akan terus menetap di sini. Mungkin setelah 5 tahun duduk di sekolah asrama dan 4 tahun di universiti di kawasan 'hulu' menjadikan saya suka kepada kawasan yang jauh dari hiruk pikuk kota raya dan tenang. Setenang wajah saya. Tak pasal-pasal saya memuji diri sendiri.

Sebelum saya memuji-muji diri saya lagi, eloklah saya berhenti. Saya harap saya boleh terus menulis di sini untuk manfaat diri saya, keluarga saya, dan sesiapa sahaja yang Allah izin untuk beroleh manfaat daripada tulisan saya.

Sekian. Kita jumpa lagi 5 bulan. Kahkahkah.

2 ulasan:

Dayana berkata...

eh kat sini takde button like ke?

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)