Khamis, 30 Disember 2010

Malaysia vs Indonesia

1. Sangat gembira kerana pasukan bola sepak negara menjadi juara Piala Suzuki 2010. Setelah lama menanti akhirnya dapat juga merasa kepuasan menonton pasukan negara bermain dengan baik dan menjadi juara. Inilah mungkin kemenangan paling manis bagi peminat-peminat bola sepak negara yang lahir pada 80-an yang tidak sempat merasai era kegemilangan bola sepak negara.

2. Namun agak sedih dengan sikap peminat-peminat sama ada Malaysia atau Indonesia yang saling kutuk-mengutuk, caci-mencaci, fitnah-memfitnah.

3. Tak payahlah menambah minyak kepada api. Hujungnya tiada apa yang selesai malah kemusnahan yang bertambah. Kita sama-sama ada banyak masalah besar lain untuk diselesaikan. Kita ada saudara di Palestin dan Kosovo untuk dibebaskan, kita ada saudara di Pakistan dan Somalia untuk dibantu, kita ada saudara di seluruh pelusuk dunia yang mengharapkan penderitaan mereka diringankan.

4. Lupakah bahawa kita ini satu ummah yang dibezakan cuma dengan satu garisan sempadan. Kita punya wajah yang sama, warna kulit yang sama, selera kita sama, adat kita sama, dan yang penting akidah kita sama. Kenapa hanya dengan satu garisan ini saja kita jadi musuh paling ketat? Sungguh musuh sebenar kita adalah syaitan yang membisikkan kebencian dan kedengkian sesama kita sebagaimana syaitan membisikkan ke telinga Qabil hingga terjadi pembunuhan.

5. Lupakah bahawa yang kita caci itu mungkin saudara muslim kita, mungkin juga kaum kerabat kita. Kenapa begitu ringan mulut kita, begitu tangkas tangan kita menyebarkan api permusuhan sesama kita? Sungguh segala yang diucapkan mulut kita, segala yang dikerjakan tangan kita akan disoal Allah di akhirat nanti.

"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah antara kedua saudaramu itu dan bertaqwalah kepada Allah, semoga kamu mendapat rahmat" 49:10



Upin pun pandai daa....

Tiada ulasan: