Ahad, 19 Disember 2010

Islam

20 tahun saya hidup di Malaysia, sebuah negara dengan majoriti penduduknya Islam, saya tidak pernah faham dan tidak pernah mahu faham apa itu Islam. Saya diajar solat, puasa, baca Quran tapi saya tidak pernah faham dan tidak pernah mahu faham kenapa saya perlu solat, puasa dan baca Quran. Pada waktu itu bagi saya ritual-ritual seperti solat itu hanya sekadar ritual yang perlu dilakukan supaya saya tidak masuk neraka dan supaya ayah dan ibu tidak marahkan saya. Jika ketika itu ada yang bertanya kenapa saya beragama Islam mungkin saya akan menjawab kerana saya dilahirkan dalam keluarga Islam.

Alhamdulillah lebih kurang 3 tahun lepas Allah telah hantar saya ke sebuah negara yang penduduk Islamnya tidak lebih daripada 5% jumlah penduduknya. Dengan rahmat Allah di situ baru saya tahu dan saya kenal Islam. Baru saya tahu kenapa saya perlu solat, puasa, baca Quran. Ibadat-ibadat saya bukan lagi sekadar ritual tetapi sesuatu yang saya perlu lakukan untuk kebaikan diri saya, orang lain, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sekalian alam.

Sekarang jika ada yang bertanya kenapa saya beragama Islam saya akan akan menjawab saya memilih Islam dan saya perlukan Islam.

Sekarang cuba tanya diri anda dengan jujur, kenapa anda beragama Islam?



1 ulasan:

ssyafika berkata...

Salam. Request boleyh? What if u share with us a bit on why do we need islam. Mgkin bley bntu kwn2 yg nk blaja :) thx