Kalau nak rasa roh-roh perjuangan ni kena la tahu sejarah. Ni yang aku nak tulih. Aku tulih ni pun supaya aku ingat. Bukannya aku nak cerita sangat pun. Cerita ni pun tidaklah sahih 100% sebab aku cuma baca sebuah buku je.
Mula-mula macam ni. Dulu dekat Turkistan dekat Central Asia atau dekat-dekat China sekarang ada satu kabilah nama dia Kabilah Turkiah. Kapla kabilah ni bernama Suleyman Shah. Negara mereka selalu diserang oleh tentera Mongol dan Tartar yang sangat kuat pada masa itu. Tentera Mongol dan Tartar ketika itu memang ganas dan kejam habis, lagi ganas dari Jepun atau Komunis. Bayangkanlah kekejaman mereka sehingga bangsa Turki yang kuat dan hebat berperang pun takut. Sampaikan ada Ulama yang berkata ada kemungkinan merekalah Yakjuj dan Makjuj yang dimaksudkan dalam hadith.
Akibat tensen diserang, Suleyman Shah ni pun bawak la anak buah dia lari ke sebelah barat ke arah Anatolia. Tengah-tengah syok melarikan diri tiba-tiba mereka mendapat berita yang tentera Mongol dan Tartar sudah berundur dari kampung halaman mereka. Jadi Suleyman pun merancang untuk pulang ke kampung. Malangnya ketika mereka hendak menyeberang Sungai Euphrates di Iraq Suleyman telah meninggal dunia.
Suleyman ni pula mempunyai beberapa orang anak antaranya bernama Ertugrul. Ertugrul ni juga kalau anda nak tahu adalah nama tuan rumah aku dulu. Memang ganas muka dia macam Zangief dalam game Street Fighter. Dia duduk atas rumah aku. Kalau dia marah anak-anak dia memang seram. Rasa macam aku pulak yang kena marah. Tapi dia rajin pergi surau.
Selepas Suleyman meninggal, Ertugrul telah meneruskan misi ayahnya ke Anatolia sementara dua orang lagi adik-beradiknya pulang semula ke Turkistan. Mereka pun menetap di Anatolia yang ketika itu di bawah kekuasaan Kerajaan Islam Seljuk Rum dan mereka bertambah kuat sehari demi sehari. Mereka telah diberi kawasan di barat Anatolia oleh kerajaan Seljuk Rum. Jadi dari situlah anak kepada Ertugrul, Uthman telah menubuhkan kerajaan Uthmaniyyah apabila Kerajaan Seljuk Rum telah lemah.
Mereka telah berjaya menentang kemaraan Byzantine sehinggalah pada 1453 mereka berjaya menawan Konstantinopel di bawah pimpinan Sultan Muhammed 2 atau lebih dikenali sebagai Sultan Fatih. Benarlah sabda nabi bahawa Konstantinopel akan ditawan oleh Muslim yang pemimpinnya dan tenteranya itu adalah yang terbaik.
Takde idea pulak nak buat penutup lu orang tutup la sendiri.
Ini sekadar imaginasi aku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan