Sabtu, 6 Februari 2010

Karok Marok

Apajadahnya karok?

Karok itu adalah budaya bersuka-ria sambil menyanyi. Sambil menyanyi pula boleh berborak-borak. Sambil borak-borak boleh mengumpat. Bagi yang mahu lebih ekstrim boleh menyanyi sambil geli-geli.

Sedarlah Pusat Karaoke dengan Zouk(kena baca dengan qolqolah qubra: Zoukkok), The Loft, Kelab Dangdut Jalan Ampang semua sama. Cuma kalau nak pergi karok tak payah nak dress up. Segan la pulak nak pergi Club pakai selipar atau sandal, atau pakai tudung tak kesah la tudung Yuna atau tudung Saripah Aini, atau datang sambil bawak kacang kuda buat bekal makan.

Sama saja. Semua tempat maksiat. Pedulik la lu nak nasyid ke apa ke dalam tu. Sama je.

Kamon lah kamon. Semua ni senjata Kafir nak sesatkan orang Islam khususnya orang Melayu sedikit demi sedikit. Sadarlah sahabat sadar!





Tiada ulasan: