Khamis, 1 Oktober 2009

Makan Dalam


Genap sebulan saya berada Malaysia sempena cuti musim panas. Perkara pertama yang telah menarik perhatian saya sepulangnya ke Malaysia adalah ketumbuhan-ketumbuhan kedai-kedai makan bagaikan tumor yang tidak boleh dirawat. Tidak cukup dengan kedai makan tumbuh juga Kompleks membeli-belah baru yang di dalamnya juga penuh dengan kedai makan. Ditambah lagi dengan tumbuhnya Bazar Ramadhan dan Pasar-pasar malam yang penuh dengan penjual makanan. Tiga kali tumbuh wacakaplu. Itulah dia Malaysia Darul Makan.

Apa yang menariknya kedai-kedai makan seperti Bangi Kopitiam dan Kopi Putih Bandar Lama semakin popular. Kopi Putih Bandar Lama saja kat Taman Pertama ada satu, Keramat ada satu, Wangsa Maju ada satu, Sri Rampai ada satu, Danau ada satu. Itu maknanya bisnes makin kencang. Satu area berdekatan ada 5 bijik. Nampaknya tergugatlah sedikit rezeki mapley-mapley yang telah menjajah minda para remaja sejak sekian lama termasuklah saya.

Tapi itu saya tak peduli. Rezeki masing-masing. Yang saya peduli adalah budaya makan orang Melayu atau orang Malaysia. Pada pendapat saya yang kurang ilmu ini telah timbul satu budaya yang kurang sihat tetapi nampak sihat di kalangan rakyat. Budaya Makan Luar. Budaya Makan Dalam pun tak kurang hebatnya.

Secara peribadi saya memang tidak gemar makan di luar. Setiap kali makan di luar saya akan berasa rugi kerana tidak dapat menjamah masakan ibu. Apatah lagi jika dijemput berbuka puasa di luar bersama rakan. Terasa rugi terlepas hidangan berbuka puasa masakan ibu yang penuh barokah dan dimasak dengan penuh keikhlasan walaupun hidangan itu tidak semewah makanan di restoran. Bila makan di luar pula pasti terbayang halalkah daging yang digunakan? Ikhlaskah tangan yang memasak hidangan itu? Berbulukah tangan itu?Dan lain-lain imaginasi lagi.

Kasihan anak-anak kecil sekarang yang kebanyakannya makan masakan orang gaji atau makan kedai saja. Bukan makan kedai. Makan makanan kedai la. Pasti sedikit sebanyak keberkatan makanan yang sepatutnya mengalir dari tangan ibu melalui masakan kepada tubuh anak-anak untuk menimbulkan kasih sayang antara ibu dan anak hilang. Patut la sekarang makin banyak anak derhaka kerana yang mengalir ke tubuh mereka hanyalah sekadar peluh tukang masak kedai makan. Itulah dia nilai keberkatan dalam makanan. Kap Ba Ro Kap Ta Alip Nun kata mak Pierre Andre dalam Dunia Baru. Tapi ramai yang tidak nampak. Kenapa tidak nampak? Kerana yang memandang makanan itu bukanlah pandangan hati tetapi dengan pandangan mata, pandangan akal atau pandangan nafsu.

Lebih malang lagi ketika ini semakin ramai wanita bekerjaya. Bukanlah tidak bagus bekerja tetapi ada segelintir yang salah "set priority". Kerja-kerja pejabat diutamakan berbanding kerja-kerja di rumah seperti memasak kerana mereka tidak nampak "value" kerja-kerja yang dilakukan di rumah untuk suami dan anak-anak yang jika difikirkan adalah ibadah umum yang sangat bernilai sebagai saham untuk ke syurga. Bukankah "man and woman complete each other" kata orang putih-putih bukannya "compete each other"? Tapi kalau dua-dua bekerja macammana nak complete. Mangsanya adalah anak-anak.

Saya juga pelik melihat kedai-kedai makan yang sentiasa penuh walaupun selepas tengah malam. Ini juga telah menjadi satu budaya di Malaysia. Sekali-sekala itu tak mengapalah tapi ada manusia yang menjadi amalannya tepat jam 12 malam keluar mencari makanan. Mereka fikir mereka adalah seekor harimau mencari makanan di waktu malam. Terfikir saya apalah yang menariknya tengah-tengah malam lepak di kedai makan? Apalah yang menariknya makan dalam gelap tepi jalan? Bukankah malam dijadikan sebagai pakaian dan siang untuk mencari penghidupan sebagaimana firman Allah dalam Surah an-Naba. Mengikut pandangan saya yang tiada ilmu dalam ilmu tafsir ini pakaian maksudnya sesuatu yang menutupi dan ini bermaksud Allah menutup siang hari yang penuh dengan aktiviti keduniaan dengan malam yang gelap supaya dengan kegelapan itu manusia duduk rumah diam-diam waktu malam, beristirehat dan beribadat. Tapi sekarang sudah terbalik. Ada yang jadikan malam untuk mencari penghidupan dan siang sebagai pakaian. Adakah mereka lebih pandai daripada Tuhan tidak mahu mendengar saranan-Nya di dalam al-Quran? Wallahua'lam

Kesimpulannya di sini bukanlah jangan makan luar tetapi jagalah makan jangan main telan. Bukan hanya apa yang kita telan perlu kita jaga malah cara kita menelan, bila kita menelan, berapa banyak kita nak menelan. "Guideline" makan pun Nabi dah sediakan daripada adab nak suap makanan, nak kunyah makanan, sampailah ke adab nak habiskan makanan. Tak payah nak ikut cara-cara diet yang pelik-pelik dan menyusahkan diri. Sunnah Nabi satu pertiga perut untuk makanan, satu pertiga lagi untuk air, satu pertiga untuk udara. Apa susah? InsyaAllah sihat. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Daging kambing German. Siap ada cop mohor besar raja-raja. Gua ingat nak bikin Sambal kambing. Buleh ke?

















5 ulasan:

pikak berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rina berkata...

salam,
salam ziarah dari sy.
jom lawat blog sy pulak :)

ザ-sylver-shooter berkata...

tu cop halal ke bro?

buchanan berkata...

bukan.cop jabatan haiwan kot

comeylotey boutique berkata...

Btol setuju. Kalau g mapley salu pike, 'eeee.tah2 bulu2 de masok dlm roti cnai' -tp mkn jek sbb mls pk. Ish3