Khamis, 24 Jun 2010

Teka Teki Teka TeKOQQQ

Ibadah apakah yang bila anda buat, orang lain di mana-mana pun dalam dunia tidak akan dapat buat ibadah yang sama seperti yang anda buat ketika itu?

Jeng jeng jeng.

Konfem tak pernah dengar teka teki ni.

Aku pernah buat sekali. Alhamdulillah.


Hajarul Aswad ni kena cium sorang-sorang sebab muat satu kepala je. Kira masa kau cium kau sorang je la kat dunia yang buat ibadah tu.

Sabtu, 22 Mei 2010

Mari genggam bara api



Aku tak pernah rasa genggam bara api. Tapi kalau kat sekolah dulu biasa setakat tersentuh bara api rokok bila berkongsi-kongsi rokok. Korang ingat penagih je ke berkongsi jarum. Kami pun berkongsi jarum kertas berisi tembakau. Yang bestnya bila dah berkongsi tu macam-macam flavour la jadi kat rokok tu. Ada yang baru lepas makan megi kari, jadi flavour kari kejap rokok tu. Ada yang baru lepas makan tempoyak, jadi flavour tempoyak pulak. Paling tak best adalah perisa air liur basi. Baik punya fresh from the farm lepas bangun tidur. Tapi yang lagi tak best bila nak 'passing' rokok tu kadang-kadang tersalah passing. Diorang ni ada yang tak training passing punya orang. Passing biar sampai tangan la bhai. Macam main bola la pulak. Kadang-kadang ada yang 'catch' dia lemah. Orang dah passing cantik dia fumble pulak. Kalau tak dah dapat wicket satu. Bila dah jadi camni boleh jadi akan terkena bara api. Bila dah terkena tu dia akan jadi terkejut sekejap. Masa tu keluar la carutan sepanjang 0.5 harkat dengan frekuensi yang agak tinggi. Hukum tajwid apa pun aku taktau 0.5 harkat. Contohnya, 'fak!', 'shit!'. Masa tu barula tau panas api dunia tu yang dah 7o kali dibasuh oleh Malaikat Jibril. Itu kalau tak basuh 70 kali memang tak boleh nak isap rokok la. Asal nak isap je dengan bibir-bibir sekali terbakar. Ibarat menyedut api menggunakan straw. Tapi bayangkan la saudara, itu baru tersentuh bara api...



Ada satu riwayat Rasulullah SAW bersabda: Sampai satu masa, orang yang sabar dalam agamanya ibarat orang yang menggenggam bara api.

Masa yang dimaksudkan tu adalah zaman sekarang. Zaman yang penuh dengan fitnah. Begitu sukar sekali untuk mengamalkan ajaran Islam sehingga orang yang teguh dan patuh pada ajaran Islam diibaratkan seperti menggenggam bara api. Zaman yang mana umat manusia begitu sukar untuk lari dari melakukan dosa baik dalam urusan ibadat, muamalat, munakahat atau apa juga urusan yang lain. Buktinya sekarang sangat sukar untuk lari daripada riba kerana pasti akan ada unsur-unsur riba dalam muamalat seharian kita dalam suasana ekonomi yang dikuasai golongan kafir. Kita juga tidak dapat lari daripada melihat yang haram kerana soal aurat kini diambil mudah masyarakat walaupun di masjid. Zaman ini juga akan menyaksikan mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam akan dipandang aneh, hina, dan tak rock kerana kefasadan yang dilakukan oleh umum dianggap lebih mulia.

Sabda Rasulullah Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya, jadi berilah khabar gembira kepada orang asing itu.

Semoga Allah golongkan kita dikalangan mereka yang menggenggam bara api dan dikalangan mereka yang asing.


Port isap rokok kami dulu. Kolah Musolla. Memang barokah.
Unsur-unsur keganasan melampau terpaksa dicensored.
Hanya lakonan semula semata-mata.

Ahad, 16 Mei 2010

Travelitis 2


Sevilla, Spain, August 2007
Summer Break Trip

Ni trip jalan-jalan aku paling lama kot. 10 hari jalan Spain ngan Portugal. Nasib baik fit lagi. Sekarang tak dapek la jalan 3 hari pun dah longgar lutut. Sevilla ni lawa jugak sebab bandar dia tak moden sangat macam Madrid dan ada unsur-unsur keAndalusiaan sikit. Cuma bandar dia berdebu. Mungkin sini dulu padang pasir kot. Kalau bukan padang pasir pun mungkin dulu banyak kilang pasir sini.


Venice, Italy, January 2008
Weekend Trip

Nafsu berjalan-jalan tengah membuak-buak lagi time ni. Jakun lagi kata orang. Sekarang dah malas. Nak jalan melawat member bandar sebelah pun dah malas. Dok rumah je lah jaga anak bini, beribadat, bercucuk tanam. Venice ni banyak pemandangan yang lawa berkonsepkan romantis ala jawa totok. Sapa nak berbulan madu aku memang rekemen la sini. Cuma Venice ni sentiasa penuh dengan orang. Serabut kepala sikit. Celah mana pun ada orang. Nak layan blues pun tak senang daaa...





Ahad, 9 Mei 2010

Ma Rabbuka?

Ma Rabbuka?Siapa tuhan kamu?

Satu soalan yang sangat mudah untuk dijawab ketika hidup di dunia ini. Tanyalah Mat Rempit, sambil mereka buat superman mereka boleh jawab dengan selamba, "Allah la der....". Tanyalah Mat Gian siapa tuhanmu? Sambil cucuk jarum mereka boleh jawab, "Allah la braderrr....". Bahkan tanyalah kepada Kaki Judi Sport Toto, siapa tuhanmu? sambil beli nombor mereka boleh jawab, "Allah...konfem".

Tapi satu masa nanti kita akan singgah masuk kawan rehat dan rawat (RnR) bawah tanah. Masa tu jasad bukan kita punya lagi. Lidah bukan milik kita lagi untuk menjawab. Kaki dan tangan bukan milik kita lagi untuk lari dari malaikat yang bertanya soalan. Otak juga sudah tidak mampu berfikir mencari dalih. Hanya yang tinggal amalan kita ketika hidup sebagai penjaga kita di dalam kubur.

Ketika itu soalan "Ma Rabbuka?" tidak lagi mudah macam ketika hidup dunia. Amalan kitalah yang akan menjawab segala soalan yang ditanyakan malaikat Munkar dan Nakir. Ketika ini Mat Rempit tak mampu lagi menjawab, "Allah la der....",tapi amalan mereka akan menjawab "Motorsikal tuhanku". Mat Gian pun dah tak boleh jawab, "Allah la brader.....", tapi amalan mereka akan menjawab "dadah tuhanku". Amalan kaki judi pula akan menjawab bagi pihak mereka,"Judi tuhanku".

Kita pun begitu. Kalau amalan kita yang paling banyak adalah menonton drama, movie, konsert, lagu, atau karok, pasti amalan kita akan menjawab "hiburan tuhanku". Kalau hidup kita penuh dengan bola, pagi bola petang bola, makan bola tidur bola, pasti amalan kita akan menjawab "bola tuhanku". Kalau hidup kita penuh dengan amalan mencari duit untuk hidup senang lenang di dunia, pasti amalan kita akan menjawab, "duit tuhanku". Naudzubillahi min dzalik.

Justeru penuhkanlah amalan kita dengan amalan yang akan membantu kita menjawab soalan di dalam kubur nanti kerana hukuman kepada meraka yang gagal menjawab soalan dengan betul adalah pukulan keras dari malaikat Munkar dan Nakir. Pukulan yang jauh lebih azab daripada rotan pengetua atau terajang senior di sekolah dulu. Ada riwayat mengatakan pemukul yang digunakan oleh malaikat untuk memukul mereka yang gagal menjawab soalan adalah sangat berat hingga tidak mampu diangkat oleh semua jin dan manusia. Kalau kena rotan di sekolah paling kuat berbirat bontot dan butang poket belakang tercabut, tapi kena pukul dengan malaikat tercabut segala benda, tercampak entah ke mana-mana.

Bersedialah kita untuk menjawab soalan ini. Tapi bukan dengan menghafal jawapan past year tapi dengan amalan kita seharian. Takut-takut jawapan kita kepada soalan "Ma Rabbuka?" nanti adalah jawapan yang selain daripada Allah, walaupun kita dah solat 5 waktu, puasa pun cukup, dan dah naik haji dua tiga kali. Ingatlah dunia yang sangat sementara ini hanyalah sekadar persiapan mengumpul bekal amal untuk kita menghadapi ujian seterusnya di alam barzakh dan alam mahsyar sebelum tiba di destinasi terakhir kita di alam akhirat yang hanya terdapat dua pilihan, sama ada syurga atau neraka. Kalau kita berjaya di kubur pasti perjalanan yang seterusnya akan mudah. Moga Allah golongkan kita dalam golongan mereka yang berjaya. Amin.





Satu hari nanti kita juga akan kena usung macam tu bawak pegi kubur.
Kereta kita, rumah kita semua tinggal kat orang lain. Padan muka kita.

Selasa, 27 April 2010

Mendaki Akhirat

Hidup di dunia ini ibarat mendaki menuju ke puncak bukit. Penuh dengan halangan dan cabaran. Tapi bila sampai di puncak, kita akan merasa puas. Tak percaya boleh tanya orang yang suka daki bukit apa perasaan mereka bila sampai di atas puncak? Pasti seronok dan puas hati. Ia bagaikan satu kemenangan yang sudah lama diimpi-impikan. Begitu juga dengan kehidupan insan. Kalau hidup nak seronok saja, tidak mahu letih, tidak mahu mujahadah, tidak yakin pada kenikmatan yang tersedia di puncak maknanya kita makin jauh dari puncak, turun ke bawah, makin jauh dari tujuan kita.

Apa arah tujuan kita? Arah tujuan kita adalah negeri Akhirat, arah tujuan kita adalah Allah. Puncaknya adalah syurga, di bawahnya neraka dan azab yang keras. Hard rock punya cakaplu. Kita pasti sesekali kita akan terjatuh, sakit pinggang atau lelah kerana puncak itu bagaikan terlalu jauh dan upaya kita pun punya hadnya. Tapi itulah dia halangannya. Jalan ke puncak itu sememangnya dipenuhi dengan batu-batu besar dan duri-duri yang menyakitkan. Kadang-kadang pasti terfikir yang jalan mudah adalah kembali ke bawah walaupun akan terlepas segala nikmat yang berkekalan di puncak.

Kunci untuk terus mujahadah menuju ke puncak adalah memahami hakikat puncak yang kita tuju: Alam Akhirat. Alam yang sebenar-benar alam dan lebih kekal berbanding dunia. Sayang sekali kita begitu sayang akan dunia yang sudah pasti akan ditinggalkan bila tiba ajal. Sayang sekali kita lebih banyak buat usaha untuk dunia sedangkan kita tahu dunia pasti akan meninggalkan kita walhal usaha untuk menghadapi mati kita abaikan sedangkan mati itu pasti akan mendatangi kita. Malah mati itu sangat dekat dengan kita.

Dunia itu sangat rendah nilainya di sisi Allah. Sangat rendah ibarat tiada nilai. Kalau itu yang kita kejar, maknanya kita sedang menuruni bukit ke arah sengsara yang berkekalan dan tidak dapat dibayangkan. Sedangkan di puncak tersedia nikmat yang juga berkekalan dan tidak dapat dibayangkan. Nikmat untuk mereka yang sabar dan yakin pada negeri Akhirat. Moga Allah jadikan kita antara hambaNya yang berjaya sampai di puncak.


Ini gambar semasa mendaki Jabal Thur, Mekah. Sebenarnya ada tangga nak naik atas tapi aku saja posing kat situ supaya nampak power.

Isnin, 15 Mac 2010

Bergurau cara Rasulullah

Semua orang suka bergurau. Ada yang suka bergurau kasar, ada yang suka bergurau mesra, ada yang suka bergurau lucah, ada yang suka bergurau manja, ada juga yang suka bergurau "cheh gurau"(hanya boleh didapati di daerah Raub). Aku sendiri suka bergurau kasar. Cuma bila bergurau kasar kadang-kadang akan mengguris perasaan pihak yang diguraui (pejadah punya ayat). Minta maaf kepada mereka yang pernah aku guraui secara kasar(sekali lagi).

Bagaimanakah sebenarnya adab untuk bergurau? Perkara ini sememangnya tidak diajar di Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah/Rendah ataupun di sekolah agama. Namun Rasulullah mengajar kita melalui sunnahnya dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti adab di jamban hingga ke perkara yang sebesar-besarnya seperti pembentukan undang-undang sebuah negara.

Kisah 1

Suatu hari seorang sahabat yang akan menempuhi ekspedisi meminta kepada Rasulullah untuk dibawa menaiki kenderaan. Rasulullah pun berkata dia akan membawa lelaki itu menaiki anak unta betina. Sahabat ini pun bingung kerana membayangkan anak unta betina kecil yang bahkan tidak mampu membawa penumpang. Kemudian Rasulullah menjelaskan kepada sahabat yang bingung itu yang bukankah semua unta pun adalah anak unta betina. Subhanallah.

Cantik sungguh baginda bergurau. Dalam bergurau baginda tidak berdusta, apatah lagi menyakiti hati orang lain, bahkan ada unsur-unsur dakwah. Tergambar kemuliaan dan keindahan peribadi baginda. Pertama kali aku dengar riwayat ni tersenyum aku sorang-sorang. Cair beb cair walaupun jiwa rock tapi tetap cair. Rindu rasanya bila agaknya dapat bertemu dengan baginda.

Kisah 2

Satu lagi riwayat menceritakan yang ada seorang wanita tua pergi berjumpa Rasulullah dan meminta Rasulullah supaya mendoakan agar dia dapat masuk syurga. Rasulullah pun berkata yang syurga takkan dimasuki oleh orang tua. Wanita itu pun sedih dan Rasulullah memberitahu yang dia tidak akan masuk dalam keadaan tua kerana di dalam syurga semua wanita akan dijadikan gadis-gadis perawan.

Moral

Begitulah Rasulullah mengajar kita untuk bergurau. Berguraulah dengan menyatakan kebenaran, tidak menyakiti hati orang dan sambil berdakwah. Kalau dibandingkan dengan kita punya gurau memang jauh beza. Kerja nak mengutuk orang, menglentong orang, sudahlah takda unsur pengajaran langsung. Semoga Allah ampunkan kita. Marilah kita bergurau secara berhikmah. cheh gurau....

Ahad, 14 Februari 2010

Kisah Orang Turki

Itu hari saya pergi Istanbul,Turki. Trip ni syiok sebab pergi bukan saja-saja. Tapi boleh belajar sejarah Islam yang dekat dengan kita. Sebelum ni saya jalan-jalan Europe sekadar dapat tengok bangunan, tengok orang, nak belajar sejarah diorang pun tak berminat. Tapi kali ni pergi koman-koman dapat la rasa sikit-sikit roh perjuangan yang ditinggalkan pejuang-pejuang Othmaniyyah.

Kalau nak rasa roh-roh perjuangan ni kena la tahu sejarah. Ni yang aku nak tulih. Aku tulih ni pun supaya aku ingat. Bukannya aku nak cerita sangat pun. Cerita ni pun tidaklah sahih 100% sebab aku cuma baca sebuah buku je.

Mula-mula macam ni. Dulu dekat Turkistan dekat Central Asia atau dekat-dekat China sekarang ada satu kabilah nama dia Kabilah Turkiah. Kapla kabilah ni bernama Suleyman Shah. Negara mereka selalu diserang oleh tentera Mongol dan Tartar yang sangat kuat pada masa itu. Tentera Mongol dan Tartar ketika itu memang ganas dan kejam habis, lagi ganas dari Jepun atau Komunis. Bayangkanlah kekejaman mereka sehingga bangsa Turki yang kuat dan hebat berperang pun takut. Sampaikan ada Ulama yang berkata ada kemungkinan merekalah Yakjuj dan Makjuj yang dimaksudkan dalam hadith.

Akibat tensen diserang, Suleyman Shah ni pun bawak la anak buah dia lari ke sebelah barat ke arah Anatolia. Tengah-tengah syok melarikan diri tiba-tiba mereka mendapat berita yang tentera Mongol dan Tartar sudah berundur dari kampung halaman mereka. Jadi Suleyman pun merancang untuk pulang ke kampung. Malangnya ketika mereka hendak menyeberang Sungai Euphrates di Iraq Suleyman telah meninggal dunia.

Suleyman ni pula mempunyai beberapa orang anak antaranya bernama Ertugrul. Ertugrul ni juga kalau anda nak tahu adalah nama tuan rumah aku dulu. Memang ganas muka dia macam Zangief dalam game Street Fighter. Dia duduk atas rumah aku. Kalau dia marah anak-anak dia memang seram. Rasa macam aku pulak yang kena marah. Tapi dia rajin pergi surau.

Selepas Suleyman meninggal, Ertugrul telah meneruskan misi ayahnya ke Anatolia sementara dua orang lagi adik-beradiknya pulang semula ke Turkistan. Mereka pun menetap di Anatolia yang ketika itu di bawah kekuasaan Kerajaan Islam Seljuk Rum dan mereka bertambah kuat sehari demi sehari. Mereka telah diberi kawasan di barat Anatolia oleh kerajaan Seljuk Rum. Jadi dari situlah anak kepada Ertugrul, Uthman telah menubuhkan kerajaan Uthmaniyyah apabila Kerajaan Seljuk Rum telah lemah.

Mereka telah berjaya menentang kemaraan Byzantine sehinggalah pada 1453 mereka berjaya menawan Konstantinopel di bawah pimpinan Sultan Muhammed 2 atau lebih dikenali sebagai Sultan Fatih. Benarlah sabda nabi bahawa Konstantinopel akan ditawan oleh Muslim yang pemimpinnya dan tenteranya itu adalah yang terbaik.

Takde idea pulak nak buat penutup lu orang tutup la sendiri.


Ini sekadar imaginasi aku