Sabtu, 22 Mei 2010

Mari genggam bara api



Aku tak pernah rasa genggam bara api. Tapi kalau kat sekolah dulu biasa setakat tersentuh bara api rokok bila berkongsi-kongsi rokok. Korang ingat penagih je ke berkongsi jarum. Kami pun berkongsi jarum kertas berisi tembakau. Yang bestnya bila dah berkongsi tu macam-macam flavour la jadi kat rokok tu. Ada yang baru lepas makan megi kari, jadi flavour kari kejap rokok tu. Ada yang baru lepas makan tempoyak, jadi flavour tempoyak pulak. Paling tak best adalah perisa air liur basi. Baik punya fresh from the farm lepas bangun tidur. Tapi yang lagi tak best bila nak 'passing' rokok tu kadang-kadang tersalah passing. Diorang ni ada yang tak training passing punya orang. Passing biar sampai tangan la bhai. Macam main bola la pulak. Kadang-kadang ada yang 'catch' dia lemah. Orang dah passing cantik dia fumble pulak. Kalau tak dah dapat wicket satu. Bila dah jadi camni boleh jadi akan terkena bara api. Bila dah terkena tu dia akan jadi terkejut sekejap. Masa tu keluar la carutan sepanjang 0.5 harkat dengan frekuensi yang agak tinggi. Hukum tajwid apa pun aku taktau 0.5 harkat. Contohnya, 'fak!', 'shit!'. Masa tu barula tau panas api dunia tu yang dah 7o kali dibasuh oleh Malaikat Jibril. Itu kalau tak basuh 70 kali memang tak boleh nak isap rokok la. Asal nak isap je dengan bibir-bibir sekali terbakar. Ibarat menyedut api menggunakan straw. Tapi bayangkan la saudara, itu baru tersentuh bara api...



Ada satu riwayat Rasulullah SAW bersabda: Sampai satu masa, orang yang sabar dalam agamanya ibarat orang yang menggenggam bara api.

Masa yang dimaksudkan tu adalah zaman sekarang. Zaman yang penuh dengan fitnah. Begitu sukar sekali untuk mengamalkan ajaran Islam sehingga orang yang teguh dan patuh pada ajaran Islam diibaratkan seperti menggenggam bara api. Zaman yang mana umat manusia begitu sukar untuk lari dari melakukan dosa baik dalam urusan ibadat, muamalat, munakahat atau apa juga urusan yang lain. Buktinya sekarang sangat sukar untuk lari daripada riba kerana pasti akan ada unsur-unsur riba dalam muamalat seharian kita dalam suasana ekonomi yang dikuasai golongan kafir. Kita juga tidak dapat lari daripada melihat yang haram kerana soal aurat kini diambil mudah masyarakat walaupun di masjid. Zaman ini juga akan menyaksikan mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam akan dipandang aneh, hina, dan tak rock kerana kefasadan yang dilakukan oleh umum dianggap lebih mulia.

Sabda Rasulullah Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya, jadi berilah khabar gembira kepada orang asing itu.

Semoga Allah golongkan kita dikalangan mereka yang menggenggam bara api dan dikalangan mereka yang asing.


Port isap rokok kami dulu. Kolah Musolla. Memang barokah.
Unsur-unsur keganasan melampau terpaksa dicensored.
Hanya lakonan semula semata-mata.

1 ulasan:

Dzikri Asmawi berkata...

terbaik!!!.... riba mmg sukar nak dielakkan zaman nih...tapi ramai lagi yg xpaham pasal riba nih...dan bila kita xnk terlibat dgn riba dipandang pelik dan aneh... bersabarlah wahai orang2 yang asing...