Khamis, 20 Ogos 2009

Praktikal, Umrah, Hari jadi, dan Ramadhan




Selamualaykum,

Begini ceritanya. Sepanjang Mac hingga Julai saya telah mempraktikalkan diri saya di sebuah Firma di sini secara bersungguh-sungguh. Banyak pengalaman berguna dan tak berguna telah saya peroleh dan insyaAllah akan saya gunakan untuk kebaikan diri ini. Bukan itu saja ye adik-adik, saya juga telah memperoleh gaji yang membolehkan saya membawa diri ke Arab Saudi selama 18 hari dan semestinya untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah sampai juga saya ke sana.

Maka sehari selepas tamat Praktikal berangkatlah saya dari Lapangan Terbang Munich ke Jeddah. Kemudian dari Jeddah saya sekali lagi menaiki kapal terbang ke Madinah. Saya berada 4 hari pertama di Madinah dan selebihnya di Makkah. Sepanjang 18 hari itu saya telah melepakkan diri bersama dua orang sahabat keturunan Turki yang telah lama menetap Germany. Salah seorang dari mereka pernah menunaikan Umrah sebelum ini dan saya banyak belajar daripada beliau memandangkan kami tiada mutawwif atau organiser seperti kebanyakan jemaah lain.


Fatih Karahan dan Erdal Cetinkaya di Jabal Uhud

Kebetulan pada 10 hb 8 merupakan harijadi dan saya telah berhajat di hati untuk pergi mencium Hajarul Aswad pada hari itu (by the way terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan hari jadi melalui muka buku dan ym) . Maka sebelum waktu Zuhur saya pergi ke Kaa'bah dan mula bertarung tanpa senjata dengan Jemaah lain untuk mencium Hajarul Aswad. "Iyah Iyah", kata saya di dalam hati ketika bertarung. Akhirnya Allah telah memakbulkan hajat saya dan saya pun berjaya mencium Hajarul Aswad yang dahulunya dikatakan berwarna putih, tetapi sekarang berwarna hitam kerana telah dicium oleh jemaah-jemaah yang datang membawa dosa sebesar kapal yang besar seperti saya.

Seperti sedia maklum di sekeliling Kaa'bah merupakan tempat mustajab untuk berdoa. Oleh itu saya telah berdoa untuk diri saya, keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, guru-guru saya...pendek kata untuk semua orang yang saya kenali. Semoga doa-doa saya untuk anda semua dimakbulkan Allah.

Banyak sebenarnya yang ingin saya cerita untuk menaikkan semangat anda untuk pergi ke tanah suci dan merasai sendiri pengalaman di sana kerana saya rasa di sana kita akan berasa lebih dekat dengan Allah dan lebih dekat dengan Akhirat dan dapatlah kita meningggalkan sebentar perkara-perkara dunia yang setiap hari kita duduk sibuk-sibuk. Tapi saya kemalasan kerana saya baru sampai di rumah dan ingin lepak sambil menonton Nur Kasih yakasi yakasi sebanyak tiga episod yang belum dilayan lagi.

Apapun Ramadhan hanya di sekitar penjuru. Marilah kita jadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik sepanjang kehidupan kita. "Mari-mari", kata anda.

Sebagai penutup saya hidangkan sedikit gambar selama saya berada di sana.


"heeeee"




"huuuuuuu"

Bai.Selamualeykum

Sabtu, 18 Julai 2009

Cerita Jalanraya





Salamun,

Satu hari saya baru pulang dari Media Markt (sebuah pasaraya terkemuka di eropah menjual barangan elektrik dan elektronik). Ketika itu saya baru memiliki Xbox360 maka haruslah saya membeli DVD permainan bola sepak yang mencabar. Selesai urusan pembelian saya pun keluar dari pasaraya itu. Akibat keterujaan (hati berbunga-bunga kata orang lama) yang amat sangat untuk bermain permainan itu saya membelek-belek DVD itu sambil tersenyum puas dan berjalan menuju ke eskalator. Tiba di eskalator saya tersentak. Pergerakan saya menjadi tidak berharmoni dengan konsep translasi eskalator itu. Rupa-rupanya saya berada di lorong yang salah. Saya sepatutnya berada di eskalator sebelah kanan namun saya berada di sebelah kiri. Saya berkata 'aiseh' di dalam hati sambil berharap tiada sosok-sosok manusia yang memerhatikan kejadian itu. Malangnya betul-betul di belakang saya ada seorang wanita 50-an sedang ketawa kecil. Saya pun memberi alasan bahawa ini adalah akibat kebiasaan di negara asal di mana aturan eskalator untuk turun dan naik adalah sebaliknya. Mujurlah dia seorang yang memahami. Rupa-rupanya dia sendiri sudah terikut dengan saya untuk menuruni eskalator di sebelah kiri. Sebab itu dia ketawa. Kuranglah rasa malu saya kalau begitu. Mujur juga saya menyedari dengan cepat saya berada di lorong yang salah, jika tidak pasti makcik itu akan melanggari saya dan menghimpap saya dan kami akan jatuh eskalator, tapi tidak jatuh ke bawah kerana eskalator itu menuju ke atas. Maknanya kami akan jatuh ke atas dan ini bermaksud Hukum Newton tidak lagi relevan.WTF.

Saya terfikir mengapa ini terjadi? Kenapa wujudnya sistem yang berlainan di sini dan di Malaysia? Sistem yang saya maksudkan adalah dua sistem jalan raya "keep left" dan "keep right". Di Malaysia "keep left" dan di sini "keep right". Jika kita berjalan kaki di laluan pejalan kaki di Malaysia, kita akan cenderung untuk berada di sisi kiri jalan dan orang dari arah bertentangan akan cenderung untuk ke sisi kanan jalan, dan itu adalah sebaliknya di Eropah. Begitulah juga kesnya di jalan raya, eskalator, dan tangga. Perkara ini merupakan salah satu kejanggalan saya ketika baru tiba di Germany selain daripada kejanggalan melihat anjing-anjing sebesar anak lembu atau anjing berpakaian dibawa bersiar-siar oleh tuannya dan juga melihat orang-orang berjalan menggunakan dua batang ski (ski poles) ketika tiada salji (Rupa-rupanya sejenis sukan yang dikenali di sini dengan nama Nordic Walking). Walaupun hari-hari saya berjalan di atas jalan atau lorong tapi hanya pada hari tu selepas 21 tahun saya berjalan di atas jalan, selepas 4 tahun saya memandu di atas jalan, barulah saya berfikir tentang perkara tentang hal ini. Memanglah banyak perkara lain yang perlu difikirkan tapi saya punya banyak masa terluang untuk berfikir. Jadi saya pun fikirlah.Wah.Bahasa Malaysia aku masih mantap.

Saya pun menonton Wikipedia dan diceritakan ketika zaman kerajaan Rom mereka memilih untuk memandu atau berjalan di sebelah kiri sebagai langkah mempertahankan diri kerana mereka memegang pedang di tangan kanan untuk mempertahankan diri daripada musuh dari arah bertentangan dan untuk bersalaman dengan sahabat-sahabat mereka daripada arah bertentangan dengan lebih mudah. Manakala pemanduan sebelah kanan pula adalah kerana dahulu penunggang kuda perlu menyebat bontot kuda dengan "whip" menggunakan tangan kanan dan mungkin untuk mengelakkan terlibas muka penunggang kuda dari arah bertentangan dan seterusnya hati menjadi panas dan tercetus pergaduhan libas-melibas. Mungkin juga daripada kejadian sebeginilah wujud sukan "Fencing".

Saya juga mendapat tahu pada hari ini majoriti negara-negara dunia memandu di sebelah kanan, RHT(Right Hand Traffic; jangan keliru dengan right hand drive), seperti di USA, Kanada, Russia, Semenanjung Arab, Utara Afrika, Thailand dan banyak lagi negara. Kebanyakan negara Komanwel pula masih dengan sistem yang ditinggalkan di zaman kolonial British iaitu memandu di sebelah kiri, LHT(Left Hand Traffic). Sejak 1919 lebih dari 30 negara telah menukar sistem jalan raya daripada LHT kepada RHT dan tiada satu haram negara pun yang bertukar dari RHT ke LHT. Apakah misteri di sebalik transisi satu hala ini? .Mengapa tiada negara mahu bertukar kepada pemanduan di sebelah kiri bahkan semua transisi adalah dari kini ke kanan? Saya pun berfikir lagi.Dan tertidur.

Selepas bangun tidur saya membaca lagi dan mendapati salah-satu hipotesisnya mungkin kerana faktor geografi negara. Apabila negara-negara jiran kebanyakan menggunakan sistem RHD, pastilah lebih menguntungkan dari aspek ekonomi dan keselamatan jika kita turut menggunakan sistem yang sama. Hipotesis mudah lain pula adalah bukankah lebih baik jika bertukar dari kiri ke kanan kerana kita diajar di dalam subjek Akhlak di bawah tajuk Adab untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mulia dengan anggota yang kanan. Jadi bahagian kanan merupakan sesuatu yang mana kita diajar untuk memuliakannya. Kita makan dan minum dengan tangan kanan, beri sedekah dengan tangan kanan, dan masuk masjid dengan kaki kanan. Kita basuh berak kencing pula dengan tangan kiri, dan masuk jamban kaki kiri. Inilah dia namanya adab. Adab jika ditinggalkan lama-kelamaan akan meninggalkan Sunnah. Sunnah pula jika ditinggalkan lama-kelamaan akan meniggalkan yang Wajib. Apabila yang Wajib ditinggalkan, samalah dengan kita meninggalkan agama.

Saya berfikir lagi dan teringatkan sesuatu. Saya pernah memandu di Perancis yang menggunakan sistem pemanduan sebelah kanan. Walaupun untuk pertama kali memandu kereta left hand drive saya tidak merasa kekok atau janggal atau ganjal. Bahkan saya cool sekali mampu memotong kereta-kereta yang dipandu perlahan di lebuhraya tanpa was-was. Mungkin kekok pada beberapa minit pertama tapi tidaklah lama ye adik-adik. Ini mungkin kerana saya bukan seorang kidal dan sensitiviti kanan saya tinggi maka ini tidak menjadi masalah. Pelik pula apabila saya pulang bercuti setelah hampir 2 tahun tidak pulang ke Malaysia, saya menjadi was-was di lorong manakah saya patut berada ketika memandu dan lorong manakah untuk saya memotong. Maka saya pun tidaklah memotong dan duduk diam sahaja jika ada pemandu perlahan di depan saya. Saya redha. Pengalaman lain pula adalah ketika membayar tol. Saya berasa amat selesa untuk membayar tol di Perancis kerana saya boleh memberi wang dengan tangan kanan tanpa perlu bersusah-payah untuk menggunakan tangan kanan seperti di Malaysia(ya betul...sila bayangkan).Begitu juga ketika hendak makan ketika memandu. Mudah sekali tangan kanan ini mencapai makanan yang lazat-lazat dan gurih di sisi sekaligus disuap ke mulut tanpa perlu melibatkan penggunaan tangan kiri. Bukankah pemanduan menjadi lebih selamat begitu? Mungkin kemalangan jalanraya yang banyak di Malaysia adalah disebabkan percubaan menyuap makanan ke mulut menggunakan tangan kiri. Akibat kejanggalan menggunakan tangan kiri makanan pun tersuap ke mata bukan ke mulut. Siapa tahu. Selain itu saya juga dapat melangkah memasuki kereta dengan kaki kanan apabila memandu kereta Left Hand Drive. Saya pasti ini mustahil jika menggunakan kereta Right Hand Drive kecuali jika anda seorang yang gimnastik. Ketika saya menghisap rokok dahulu pun saya boleh menggunakan tangan kiri untuk memegang rokok di luar tingkap kereta kerana saya tidak suka merokok menggunakan tangan kanan.


Sebelum Perjalanan 7 jam menggunakan jalan
kampung ke Perancis memandu Opel Zafira


Saya pun membuat kesimpulan banyak juga kelebihan sistem pemanduan sebelah kanan di eropah ini. Banyak juga adab yang dapat dipelihara. Dan baru-baru ini pula saya terdengar yang di dalam ritual haji dan umrah sendiri iaitu berulang-alik antara Safa dan Marwa (Sa'ie) menggunakan sistem Right Hand Traffic(Saya tidak tahu kerana masih belum sampai ke sana.Betulkan jika salah). Kalau begitu tidak syak lagi Right Hand Traffic adalah lebih baik. Tak baik banyak pun adalah sikit. Topik ini bukanlah perdebatan hangat. Saya cuma mahu memberi pendapat.


Itulah dia sedikit sebanyak ilmu yang saya ada untuk dikongsi. Dan untuk pengetahuan anda Xbox360 saya pun telah arwah beberapa minggu lepas. Kabel TV pun rosak maka tidaklah boleh menonton telibesen. Mungkin akibat tidak boleh membunuh masa dengan bermain Pro Evolution Soccer lagilah yang menyebabkan saya menulis blog ini. Babai.

Wassalam

Selasa, 14 Julai 2009

Cerita seorang Muslimah


Marwa al-Sharbini(32)
Salam,

Amaran: Cerita ini boleh bikin hati panas.

Beliau adalah seorang muslimah. Beliau bukanlah awekku bahkan bini orang. Juga bukan ibuku bahkan ibu orang. Tapi beliau sudah kembali ke Rahmatullah awal bulan ini. Al-Fatihah.

Aku tak pasti cerita ni heboh ke tak di Malaysia. Tapi kat sini agak kecoh. Ini kisah Made in Germany yang terjadi awal bulan ini. Begini ceritanya. Mula-mula...

Beliau yang baru berpindah ke Germany mengikut suaminya pada tahun 2005 telah dibunuh, ditikam beberapa kali di mahkamah ketika mahkamah sedang membicarakan kes tuduhan beliau ke atas seorang lelaki yang telah menghina beliau. Dilaporkan beliau telah dihina kerana meminta laluan dari lelaki itu untuk anak lelakinya bermain buaian di sebuah playground di Dresden, Germany. Lelaki jahanam berasal dari Russia itu kemudian memanggilnya "Terorrist" dan "Slut" tak pasal-pasal hanya kerana beliau memakai hijab dan jelasnya seorang muslim. Buat pengetahuan anda kebanyakan orang German adalah cool tetapi ramai warga asing di sini suka membuat taik terutamanya dari eropah timur.

Dalam kejadian di mahkamah itu suaminya juga cedera parah ditembak oleh polis kerana disangkakan dialah penyerang. Ini pun Bullshit. Dan lagi sedih beliau mati ketika sedang mengandungkan anaknya yang kedua selama 4 bulan. Anak pertamanya sekarang berusia 2 tahun. Ulama Mesir, negara asal beliau, Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi menyifatkan beliau telah syahid. Sejak kematian beliau beberapa demonstrasi telah diadakan oleh orang-orang arab dan muslim yang tinggal di German.

Jadi di sini saya mahu habaq yang ketahuilah oleh kamu bahawa masih ada lagi jahanam macam ni yang berperangai macam Abu Lahab selain yahudi-yahudi laknatullah. Mentaliti Jahiliyah. Walaupun begitu Marwa telah memilih untuk mempertahankan Islam daripada dihina puak-puak macam ni. Secara tidak langsung beliau telah membela kita semua terutama muslimah di luar sana, ibu-ibu anda, adik kakak anda daripada penghinaan "terorrist" atau "slut". Beliau telah mati untuk kita. Justeru doalah semoga roh beliau sentiasa dirahmati dan doa juga semoga kita juga diberi kekuatan untuk menjadi seorang berani mempertahankan Islam sehingga ke titisan darah terakhir seperti beliau.

Wassalam.

Tidoqqq La


Ni yang aku malas tulih bloqqqqq di malam hari. Satgi takleh tidoqqqq.Koqqqqq!

By the way esok ada game mengisi kekosongan EPL yg bercuti




Isnin, 13 Julai 2009

Cerita Pasal Hidayah (awek lama)


Salamun,

Selamba dua bulan tak update.Sikit punya istiqamah aku ni.Podah.

Kali ini mau cerita pasal Hidayah.Mula-mula....

Anda kenal Yusuf Islam? Dulu nama Cat Stevens.Dulu nyanyi tak ingat dunia sekarang nyanyi ingat akhirat.

Anda kenal Azmil Mustapha? Dulu berlakon Ali Setan sekarang dah tak kawan dengan setan

Anda kenal Sakti Sheila On 7? Dulu main gitar sekarang main sitar (ini tipu,takdak idea)

Tapi aku mmg mahu cerita pasal lelaki sakti ini. Sebab Sakti ini sezaman dengan aku. Zaman Cat Stevens aku tak sempat. 1980 dia dah stop main musik. Zaman Thunder Cat tu pun aku sempat sikit-sikit je. Zaman Azmil Mustapha pun aku tak ingat bila. Awal 90-an kot. Kalau time tu aku gila-gila remaja mungkin aku layan dia. Tapi time tu baligh pun belum lagi. Tengok perempuan hot cerita hindustan pun tak stim. Azmil ni bukan berlakon cerita Kartun. Kalau berlakon cerita Kartun mungkin aku ingat. Tapi kalau Sheila on 7 ni budak sekolah asrama mana tak kenal. Asrama Puteri, Asrama Penuh, Asrama rama, semua kenal. Itupun kalau lu orang sekolah asrama sekitar tahun 1999 dan seterusnya. Kalau 1989, mungkin lu org kenal Band yang bernama M Daud Kilau. Ini band memang metal habis.

Paling famous masa tu adalah lagu Sephia. Yang tak hafal doa qunut pun bleh hafal lirik lagu ni. Punya la keramat. Lepas tu lagu Seberapa Pantas pulak. Lepas tu apaapajadah tajuk la tak ingat. Tapi konfemnya memang menjadi siulan remaja. Kaset Sheila On 7 tu kira hot stuff. Lepas sorang sorang nak pinjam. Kalau ada ringtone Sheila on 7 pulak memang kau cool la time tu. Monofonik je padahal. 3310 pulak tu. Tapi itu dulu sudah kira teknologi. Mahu jadi cerita...

Perjalanan Sakti menuju Hidayah.

SAKTI selepas dua tahun melepaskan segala kemewahan lebih senang tampil dengan jambang, kerana mengikut sunah nabi. Ketika ditemu bual, Sakti menjaga tertib matanya dengan tidak memandang penulis.

DIKENALI sebagai pemain gitar kedua grup terkenal Indonesia, Sheila On 7 (SO7), Sakti yang duduk di hadapan kami, berkata, hari ini cukup berbeza dengan apa yang pernah dilihat sepanjang pembabitannya dalam industri lebih enam tahun lalu.

Dalam pertemuan eksklusif yang diatur teman di kediaman Eross di Yogyakarta, Indonesia itu, kelihatan mukanya dijalari janggut, menyarung baju dan seluar khakis polos. Bicaranya teratur. Sakti membuka lembaran sejarah hidupnya – dari zaman jahiliah kepada seorang yang cukup patuh terhadap Islam.

“Saya takut mati dan api neraka itu maha dahsyat,” luah Sakti serius. Perasaan takut mati itu terdetik selepas dia terpandang sebuah buku dengan judul Menjemput Sakaratul Maut Bersama Rasulullah di dalam sebuah kedai buku di Lapangan Terbang Yogyakarta sewaktu mahu ke Malaysia menghadiri majlis Anugerah Industri Muzik dua tahun lalu(2006 la kot)

“Saya masuk ke sebuah kedai buku, ternampak buku ini dan fikiran saya berputar tentang senario kapal terbang yang kerap terhempas.

“Saya bayangkan kalau kapal terbang saya terhempas dan saya mati, apa bekalan yang saya ada? Saya tiada apa-apa. Tapi saya percaya mati tetap akan datang kepada saya pada bila-bila masa,” ceritanya yang kemudian membeli dan habis membaca buku tersebut sepanjang kembara ke Malaysia.

Kembali ke Indonesia, dia terus dibelenggu perasaan takut mati selepas menjaga ibunya yang sakit di hospital selain membaca sebuah tabloid yang menyiar isu kematian. Insiden yang berturut ini, kata Sakti, sebagai satu petunjuk agar dirinya berubah.

Dilepaskannya status pemain gitar SO7 saat grup ini sedang berada di kemuncak.

“Saya tekad membuat keputusan dan tidak berasa rugi melepaskan status artis pada zaman kegemilangan kami kerana saya sendiri sudah tidak boleh memberi fokus pada hiburan.

“Adakah saya menyesal melepaskan kemewahan dunia? Tidak sama sekali kerana saya lebih rela menyesal dan melepaskan semua di dunia sebelum saya dijemput ‘pulang’.

“Saya tidak mahu menyesal di akhirat kelak dan tidak terbayang panas api di sana,” kata Sakti yang turut mengaku kerap menangis mengenang dosa silam.

Usai rasmi keluar dari SO7, anak kedua daripada tiga beradik ini berangkat ke Pakistan (menuntut di sebuah masjid di Rewin) dalam usahanya mendasari semula asas seorang Islam sejati selama dua bulan sebelum kembali ke Indonesia dan menimba ilmu daripada para ulama di negara sendiri.

“Di Pakistan saya diajar menyayangi agama Islam sebagai sebuah agama yang indah.”

Lantas sewaktu disuakan hal tentang zaman jahiliahnya dahulu, Sakti tersenyum dan berkata: “Dulu saya pemabuk,” katanya tanpa selindung dan menambah: “Saya mula minum alkohol sejak zaman sekolah, bukan semasa jadi artis. Saya hanya berhenti minum pada usia 26 tahun sewaktu mahu beralih menjadi umat Islam yang sebenar.”

Tambah Sakti, solat lima waktu juga selalu rompong, jauh sekali solat Jumaat yang akuinya paling jarang dilakukan. Sebaik mendapat hidayah dan memahami disiplin kehidupan yang telah ditentukan Tuhan, dia cukup takut untuk meninggalkan solat.

Apa lagi saat mengenangkan kalau tiba-tiba dirinya dijemput ‘pergi’ tanpa sempat ‘bermanja’ dengan Tuhan.

Tanpa kemewahan, kata suami kepada Miftahul Jannah, 23, dia menjalani kehidupan kini serba sederhana sambil mengusahakan sebuah kedai dobi dan kedai mini sejak tiga bulan lalu di kampung halamannya.

Ditanya tidakkah rindu untuk memeluk keenakan hiburan, pantas dia menggeleng. Namun dia masih menyentuh gitar.

“Tapi bukan untuk dipertontonkan seperti dulu. Saya juga masih mendengar muzik, tapi lebih senang kepada nasyid atau memuji Islam seperti karya-karya Yusuf Islam. Muzik rock sudah jarang,” ujarnya yang tidak pernah menganggap hiburan sebagai perosak jiwa, tetapi ia menjadi rosak dengan penerimaan yang salah.

Sedang menghitung waktu untuk menggarap album berbentuk Islamik bersama seorang teman, Sakti saat diminta menyimpulkan kehidupannya kini memberitahu: “Nikmat punya agama seindah Islam memberi efek luar biasa dalam hati saya.

“Apa yang saya bimbangkan kini jika Tuhan menterbalikkan hati saya seperti dahulu. Nauzubillah, kerana saya mahu terus berada dalam hidayahnya sehingga saya mati.”

Wajah Sebelum


Wajah Selepas

Tammat.

Subhanallah. Betapa indahnya hidayah Allah SWT. Manusia yang dulu pemabuk, jahil kini dipilih Allah untuk dekat denganNya. Bagaimana kita? Adakah telah diberi Hidayah jika hati masih sibuk dengan dunia. Time sembahyang pun masih ingat dunia. Bilanya nak ingat akhirat? Ingat mati?

Sangat takut bila dibayangkan akhirat nanti bila amalan nak ditimbang. Hidup 50-60 tahun(kalau panjang umur), tapi amalan tak sampai setahun lepas tolak amalan yang tak diterima sebab tak ikhlas, tak sah , ada riyak dll. Nauzubillah. Lu kipirlah sendiri. Semoga kita dijauhkan dari azab api neraka.

Jadi sentiasa la kita berdoa mintak hidayah, supaya akhirat esok tak menggelabah, sebab kita mungkin masih belum dapat hidayah....

Wassalam

Khamis, 21 Mei 2009

Selamat Tinggal Dunia

Salamun,

Amaran:Ini Entry yang agak seram

Bayangkan, esok hari terakhir kita di dunia...
Apa agaknya kita nak buat? nak mintak apa? nak jumpa siapa? nak lepak mana? nak makan apa?
Haaaaa lu pikirlah beramai-ramai.

Tapi, mati itu adalah sesuatu yang pasti. Orang kaya mati, orang miskin pun mati. Orang baik mati , orang jahat pun mati. Orang BN mati, orang PAS pun mati. Ahli Parlimen mati, ada la Pilihanraya Kecil.

Statistically, 6200 orang mati setiap jam. Itu bukan sikit. Tambah-tambah lagi sekarang dengan wabak yang berbagai-bagai, selsema burung; selsema babi; selsema kucing. Bencana yang berbagai-bagai, Tsunami; Gempa bumi; Banjir; Taufan; macam manalah kita boleh lepak lagi?Macam mana kita boleh rasa selamat? Minggu lepas kita dengar mak kawan kita mati sebab barah, tiga hari lepas kita dengar bapak kawan kita mati sakit jantung, kelmarin kita dengar kawan sekolah lama mati eksiden, hari ni kita dengar adik kita sendiri mati demam denggi, mungkin esok lusa kawan kita pulak dengar kita mati. Punca kematian bolehlah lu orang imagine sendiri. Mungkin eksiden, mungkin kena tikam lepas kena ragut, dan macam-macam lagi.Malaikat akan tarik nyawa kita bila ajal tiba, tanpa berlengah lagi, tak kesah la tengah buat apa. Mungkin time tengah belajar dalam kelas, tengah mandi, tengah memasak, tengah baca blog, lepas baca blog(lepas ni aa kot). Bila-bila,mana-mana pun boleh.

Persoalannya, sudah ready untuk ajal?. Jawapannya kebanyakan kita memang tak ready. Gilakhinzir. Kita ontheway ke tempat baru yang abadi, yang akan jadi rumah kita selama-lamanya dan kita tidak bersedia. Ketahuilah ini adalah kerja syaitonirrojim yang membisikkan di telinga-telinga mat rempit, "lek lu muda lagi tua nanti taubat"; juga di telinga-telinga mat masjid, "lek la dah cukup kot amalan lu, syurga konpom". Cilakak. Bijak jugak syaitan ni menghasut ikut level kita.


Kubur kata mari

Ada satu kisah menarik tentang seorang di zaman khalifah Harun al-Rasyid bernama Bahlul.Bahlul adalah seorang yang pandir atau lurus. Satu hari Khalifah memberi Bahlul sebatang tongkat, dengan berkata lebih kurang "Tongkat ini untuk orang paling bodoh di dunia, kalau lu jumpa orang lagi bodoh dari lu, lu bagi tongkat ni kat dia, ok?"."bereh boh!"balas Bahlul lebih kurang. Bahlul yang bahlul pun menerima dan menyimpan tongkat itu hingga satu hari, Khalifah jatuh sakit dan Bahlul datang melawat. Lebih kurang mereka berbual:

Harun: Tiada penawar yang dapat memulihkanku. Aku
sudah terbayangkan jalan penghabisan yang terbentang
di hadapan.

Bahlul: Kemana Tuan akan pergi?

Harun: Aku akan melangkah ke Dunia Lain.

Bahlul: Berapa lamakah Tuan akan tinggal di sana?
Bilakah Tuan akan pulang?

Harun: Tiada sesiapa pun yang akan pulang dari Dunia
itu.

Bahlul: Kalau begitu, tentu Tuan sudah membuat
persiapan awal. Apakah Tuan sudah mengirimkan pasukan
pengawal yang akan menjaga Tuan di sana?

Harun: Bahlul, kita perlu ke sana bersendirian. Dan
tidak, aku tidak membuat sebarang persiapan.

Bahlul: Amir-ul-Mu’minin! Tuan selalunya mengerahkan
askar untuk membuat persiapan teliti untuk
pengembaraan Tuan yang hanya beberapa hari lamanya.
Sekarang Tuan hendak perggi ke tempat di mana Tuan
akan tinggal selamanya sedangkan Tuan belum membuat
apa-apa persiapan! Saya rasa saya telah menjumpai
orang yang lebih berhak memiliki tongkat yang pernah
Tuan berikan kepada saya beberapa tahun yang lalu.

Memang Bahlul bahlul. Lol. Tapi pengajarannya di sini adalah reaksi Bahlul tentang persiapan Khalifah Harun. Buat seketika reaksi itu menjadikan Bahlul nampak bijak. Bukankah orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati, dan mempersiapkan diri mengahadapinya?Itulah jawapan Rasulullah SAW kepada teka-teki 'siapa orang paling bijak?'. Riwayat juga menceritakan Malaikat maut datang ziarah kita 70 kali sehari, mathematically setiap 21 minit. Banyak tu. Ada ke member sekalipun sahabat karib kita yang sanggup datang ziarah 21 minit sekali? Kalau ada mungkin dia malaikat maut.Cuba try test tanya dia.

Harapan kita, semoga ziarah terakhir malaikat maut adalah ketika syahadah masih valid, sempurna rukun yang 5, teguh rukun yang 6, taubat sudah dilafaz , luggage amal dah siap bungkus untuk check-in berangkat menuju dunia seterusnya yang mana tiketnya hanya satu hala dan takda option return. Jadi, mahukah anda menjadi orang yang bijak? Tepuk tangan,tanya iman. Tepuk amai-amai,belajar kasi pandai.

Wassalam.

Isnin, 18 Mei 2009

Introduksi-Introdaksi

Salamun,

Apajadah. Baru nak muqaddimah. Aku pun taktau apahal aku rasa nak menulis blog semula. Smula-smula bak kata orang Kelantan. Mungkin sebab trend, atau sekadar mahu membunuh masa. Dulu aku rajin jugak tulis blog kat friendster tapi rasa macam loser pulak. Cilakak la. Kalau aku istiqamah mesti aku dah jadi blogger politik yang terkenal. Koman-koman famous macam Kickdefella atau Penarikbeca. Masuk Kamunting sekali jadila. Paling busuk la tidur lokap atau kena tarik biasiswa. Sekarang ni aku rasa cool pulak tulis blog. Khir Toyo pun ada blog. Nampak je macam buta I.T. Poyo punya orang.

Also, aku harap aku akan rajin update sebab ini aku rasa akaun blog ke-6 atau 7 yang aku bukak. Sebelum ni semua aku delete sebab tak update selepas post kedua. Orang tua kata rumah kalau lama kosong jin datang duduk. Aku pun taktau orang tua mana yang cakap.

Baiklah, semoga Entry-entry aku akan bermanfaat untuk semua dan yang penting bermanfaat untuk diri aku sendiri. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Ini pun orang tua-tua yang cakap.

Wassalam.